Durian (Durio zibethinus Murr.) - lebih dikenali sebagai "Raja Buah" di kalangan para peminat - telah berkembang menjadi tanaman sosio-ekonomi yang penting di rantau Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Pokok-pokok durian tumbuh secara meluas di tanah rendah iklim tropika dengan taburan hujan tahunan antara 1,800 dan 4,000 mm. Di Malaysia, kawasan tanaman kini melebihi 50,000 ha, dengan hasiI sekitar 300,000 metrik tan setahun. Meskipun kebanyakan tanaman ini adalah untuk pasaran tempatan namun demikian eksport buah durian berjumlah kira-kira RM 50 juta setahun.
Kebanyakan pokok-pokok tua yang terdapat di Malaysia ditanam daripada biji, dan menghasilkan pelbagai rasa dan ciri-ciri. Beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan tanaman secara kornersil menggunakan klon beberapa jenis baka baik yang dicantum atau dikahwinkan termasuk klon MDUR yang baru diperkenalkan oleh MARDI. Baka-baka ini berbeza dari segi ciri-ciri buah (rasa, tekstur pulpa, bentuk, saiz dll), hasiI (jumlah, berat dll) dan pusingan berbuah (berbunga awal atau Iewat, jarak waktu ketika berbunga dll), tabiat pokok (bentuk dan saiz) dan ketahanan terhadap musim kemarau dan penyakit (khususnya batang yang berkanker).
PEMBAJAAN NURSERI
Bagi pembajaan di nurseri, 15g TRIABON (16 - 8 - 12 - 4 + TE) sejenis baja kompleks berasaskan Crotodur yang Iambat mengeluarkan kimia - boleh digunakan kira-kira tiga minggu selepas cantuman yang berjaya. Kemudian, selapis bunga tanah atau sabut kelapa boleh digunakan untuk menutup baja bagi tujuan rnengurangkan kehilangan disebabkan penyiraman air. Bagi kedua-dua benih biasa dan juga bahan penanaman maju (ARM) pembajaan boleh ikut prograrn Rajah 1. Bagi ARM yang disimpan lebih setahun, terus gunakan 25 g Triabon sekaIi setiap tiga bulan.
PENANAMAN LADANG
Benih durian tidak begitu subur apabila ditanarn di persekitaran yang kering atau tanpa rumput rumpai. Pada peringkat awal pertumbuhan, tempat teduh bagi anak-anak pokok, kelembapan tanah yang tinggi, dan tanah yang sejuk amat penting. Keadaan sebegini boleh diperolehi dengan pengwujudan penutup bumi yang subur yang diurus rapi bagi mempastikan tiada pencerobohan ke atas pokok-pokok itu, serta penanaman tanaman kontan seperti betik atau pisang untuk beberapa tahun pertarna. Pengairan titisan turut mempertingkatkan kadar hidup dan pertumbuhan pokok-pokok tersebut.
Penanaman ARM, dan penanaman benih sacara terus ke ladang sebelum cantuman di ladang, merupakan dua lagi amalan yang terbukti mampu meningkatkan kadar hidup ladang, disamping rnengurangkan fasa juvina (tempoh dari penanaman kepada permulaan berbuah).
Saiz lubang penanaman yang disyorkan ialah sekurang-kurangnya 60 cm x 60 cm x 60 cm. Sebelum penanaman di ladang, 250 g baja fosfat batu reaktif Enphos dan 10 - 15 kg baja organik palet Growel hendaklah dicampur ke dalam kambusan tanah. Selepas pemindahan, taburkan dengan 250 g Ground Magnesium Limestone (GML) di atas lubang tanaman.
Bahan batu kapur dan baja organik
Keperluan mikronutrien
Program Pembajaan Di Ladang |